Apakah penyebab dan gejala sesak nafas (Shortness Of Breath)?

Anonymous

Hello, doktor. Saya mempunyai beberapa soalan mengenai masalah sesak nafas yang saya hadapi. Kebelakangan ini, saya mengalami sesak nafas. Simptom ini berlaku hampir setiap hari selama tiga minggu. Tiga minggu yang lepas, saya menghidapi ‘flu’ di mana saya selsema, demam dan batuk berkahak. Walaupun tanda-tanda tersebut telah pergi dan hilang, saya masih rasa cepat penat dan sesak nafas. Saya tiada sakit dada tetapi dada rasa seperti berat apabila bernafas dan apabila bernafas, ia rasa seolah-olah nafas yang saya ambil tidak mencukupi. Rasa sesak nafas ini lebih teruk selepas bersenam.Sebelum ini saya aktif bersenam. Hampir hari-hari saya berlari hampir lima kilometer dan seminggu sekali bermain bola sepak. Tetapi sekarang saya penat walaupun melakukan senaman ringan. Kadangkala, saya juga akan batuk kering. Saya juga sekarang telah berhenti menggunakan alat hawa dingin kerana saya rasa ia memburukkan lagi keadaan. Saya ingin bertanya jika samada jika jangkitan ‘flu’ saya masih tidak pulih dan perlu antibiotik atau mungkin penyakit lain seperti asma? Bolehkah seorang dapat asma pada umur dewasa dan perlukah saya mengambil ubat? Terima kasih atas bantuan doktor.

Anonymous
Hello, doktor. Saya mempunyai beberapa soalan mengenai masalah&nbsp;<strong>sesak nafas&nbsp;</strong>yang saya hadap... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan anda. Sesak nafas boleh disebabkan oleh banyak punca yang berbeza. Sesak nafas bukan sahaja berpunca dari penyakit yang membabitkan organ paru-paru, malah penyakit yang melibatkan jantung, saluran pernafasan dan masalah darah juga boleh menyebabkan seseorang sesak nafas. Untuk menjawab soalan anda berkenaan dengan asma, ia bukan penyakit yang bukan melibatkan kanak-kanak malah boleh bermula semasa seseorang itu sudah dewasa. Tetapi saya tidak boleh memastikan samada anda sesak nafas kerana asma tanpa membuat pemeriksaan yang lebih lanjut seperti ujian ‘peak flow meter’. Saya juga perlu bertanya lebih lanjut tentang simptom anda bagi mendapat gambaran yang lebih tepat. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa doktor di klinik.
Terima kasih atas soalan anda. Sesak nafas boleh disebabkan oleh banyak punca yang berbeza. Sesak nafas bukan sahaj... See More

Apakah penyebab sesak nafas?

    Seperti yang dinyatakan di atas, banyak penyakit yang menyebabkan sesak nafas. Senarai di bawah adalah penyakit yang paling biasa menyebabkan sesak nafas.
    • Penyakit jantung koronari atau “acute coronary syndrome” merupakan spektrum termasuk serangan jantung. Ini adalah keadaan di mana saluran darah arteri yang membawa oksigen ke organ jantung sudah terlalu sempit. Apabila saluran ini sempit dan jantung akan rasa sakit. Tahap pertama dalam spektrum ini adalah “angina” di mana sekatan di arteri tersebut masih membenarkan darah berlalu maka anda hanya akan sakit dada tetapi jantung tidak mengalami kerosakan. Serangan atau sakit jantung merupakan tahap terakhir dalam spektrum ini di mana organ jantung akan mengalami kerosakan. 

    “Heart failure”: 
    • Fungsi paling penting jantung adalah untuk mengepam darah yang mengandungi oksigen dan bahan lain bagi organ-organ di seluruh badan. Ini adalah situasi di mana jantung tidak berada di prestasi yang optimum. Antara tanda yang anda akan alami ialah sesak nafas, batuk, kaki bengkak dan rasa lesu.

    Penyakit asma: 
    • Seperti yang dinyatakan, asma boleh terjadi kepada kanak-kanak dan dewasa. Antara gejala asma adalah sesak nafas, batuk, dada rasa ketat. Antara perkara yang boleh menyebabkan asma adalah alahan. Antara perkara biasa yang mungkin punca alahan adalah habuk, bulu binatang seperi kuncing atau anjing, cuaca sejuk, pencemaran udara, senaman, stres.

    COPD:
    • “Chronic obstructive pulmonary disease” atau penyakit sekatan pernafasan kronik merupakan penyakit jangka panjang yang terjadi oleh kerana radang dalam tisu paru-paru yang membawa kerosakan. Ini menyebabkan sekatan dalam pernafasan dan membawa kepada simptom seperti sesak dan batuk. Penyebab utama ini adalah tabiat merokok tetapi pencemaran udara juga memainkan peranan.
     
    Pneumonia: 
    • Pneumonia adalah jangkitan di paru-paru.

    Pneumothorax:
    • Paru-paru manusia ditutup oleh dua lapisan dan terdapat ruang di antara dua lapisan ini. Pneumothorax adalah penyakit di mana terdapat kebocoran pada lapisan luar paru paru dan menyebabkan udara masuk dan menghimpit paru-paru. Masalah ini boleh menybabkan sesak nafas dan sakit apabila bernafas. Pneumothorax boleh disebabkan oleh kecederaan seperti tikaman atau patah tulang rusuk, penyakit seperti COPD atau terjadi tanpa sebab.

    Tuberculosis(TB): 

    • Ini adalah jangkitan kuman mycobacterium tuberculosis secara amnya. Kebanyakan jangkitan terjadi di paru-paru tetapi boleh juga membabitkan tempat lain seperti nodus limfa, lapisan otak, tulang, sendi dan bahagian abdomen. Antara gejala individu yang menghidap penyakit TB adalah batuk jangka panjang, batuk berdarah, sesak nafas, sakit dada, hilang berat badan, demam, berpeluh pada waktu malam, hilang selera dan lesu.

    Kanser paru-paru:
    • Kanser paru-paru mempunyai banyak gejala yang sama dengan penyakit TB dan imbasan x-ray boleh membezakan antara kedua-dua penyakit ini dan jika tidak, terdapat pemeriksaan lain yang boleh dibuat. Antara faktor yang memberi risiko tinggi mendapat kanser paru-paru adalah merokok, pendedahan kepada asbestos dan pencemaran udara.

    Pulmonary embolism: 
    • Ini adalah keadaan di mana terdapat darah beku di saluran darah pulmonari arteri. Antara faktor yang menaikkan risiko penyakit ini adalah kanser dan tidak bergerak dalam jangka masa yang lama seperti mana berlaku apabila seseorang patah kaki. 

    Alahan:
    • Alahan boleh menjadi penyebab penyakit asma tetapi terdapat juga alahan yang membawa kepada situasi berbahaya iaitu “anaphylaxis”. “Anaphylaxis” amat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian. Simptom termasuk sekatan nafas, bengak bibir dan tekak, tekanan darah rendah dan ruam yang gatal.

    Sakit tulang rusuk.
    • Jika terdapat kecederaan ke tulang rusuk, rasa sakit akan akan menyebabkan anda tidak menarik nafas sepenuhnya. Perkara ini boleh membawa kepada “lung collapse” di mana paru-paru tidak kembung seperti yang sepatutnya.

    Anemia:
    • Anemia adalah keadaan di mana darah anda tidak mempunyai haemoglobin yang mencukupi. Haemoglobin adalah komponen darah yang membawa oksigen. Jika haemoglobin terlalu rendah, anda akan rasa sesak nafas kerana tidak cukup oksigen. Anemia mempunyai banyak penyebab termasuk pendarahan yang berlebihan(contoh adalah haid bagi wanita) dan pemakanan yang tidak mengandungi cukup zat yang diperlukan.
    Penyakit lain yang tidak biasa terjadi tetapi serius termasuk “myasthenia gravis”

Pemeriksaan yang mungkin anda jalani?

 
Berikut adalah pemeriksaan yang mungkin anda jalani untuk menentukan punca sesak nafas anda:

Imbasan x-ray:
  • Imbasan x-ray boleh menunjukkan jika terdapat jangkitan atau kanser

Imbasan CT:
  • Sama seperti imbasan x-ray tetapi lebih terperinci dan sering digunakan untuk melihat kanser dalam pandangan 3D

“Peak flow”:
  •  Pemeriksaan untuk menguji keupayaan anda menghembus nafas

Spirometri:
  • Sama seperti “peak flow” tetapi mempunyai lebih banyak maklumat bacaan

Analisa kahak:
  • Kahak boleh dianalisa untuk melihat jenis kuman yang berada di dalam paru-paru

Elektrokardiogram:
  • Ujian mudah untuk melihat aktiviti elektrikal jantung.

Echocardiogram:
  • Pemeriksaan yang menggunakan teknik “ultrasound” untuk melihat degupan jantung dan tisu paru-paru.

Bagaimana cara mengatasinya?

 
Setiap penyakit tersebut mempunyai ubat dan cara rawatan yang berbeza. Doktor akan memastikan anda menjalani pemeriksaan yang sepatutnya untuk mendapat diagnosis sebelum diberi nasihat yang spesifik bagi mengatasi masalah sesak nafas anda. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa nasihat yang elok diikuti secara amnya:
 
  • Berhenti merokok. Merokok menaikkan risiko anda menghidapi kebanyakan penyakit yang disenaraikan di atas secara mendadak. Merokok bukan sahaja bahaya untuk anda tetapi orang yang menghidu rokok anda juga berisiko mendapat penyakit tersebut.
 
  • Elak punca alahan. Penyakit seperti asma selalunya terjadi oleh kerana punca yang diketahui seperti alahan kepada bulu kucing atau habuk. Mengelak diri anda daripada berdekatan dengan punca-punca ini adalah langkah terbaik mengelak serangan asma.

Bila anda harus jumpa doktor?

 
Sila berjumpa dengan doktor di khidmat kecemasan dengan segera jika anda atau keluarga/rakan anda mempunyai tanda-tanda berikut:
 
  • Sesak nafas anda terlalu teruk
  • Anda merasa sakit dada
  • Sakit dada merebak ke lengan, dagu atau ke belakang dada
  • Rasa mual atau muntah, ingin pitam
  • Tidak boleh bercakap
  • Bibir atau jejari biru
 
Anda juga perlu berjumpa doktor jika anda mempunyai simptom berikut:
 
  • Sesak nafas lebih sebulan
  • Sesak nafas yang lebih teruk selepas senaman
  • Batuk lebih dari tiga minggu
  • Sesak nafas apabila baring
  • Kaki anda bengkak
 
Sebagai rumusan, seperti yang anda lihat, sesak nafas dilihat dalam banyak penyakit. Sila rujuk nasihat doktor supaya doktor anda boleh bertanyakan soalan yang berkenaan, membuat pemeriksaan secara terperinci dan mencadangkan rawatan dan ubat mengikut keperluan.Layari laman web www.doctoroncall.com.my untuk maklumat lanjut. 

References