Hipnoterapi: Ketahui 4 Fasa Ketika Hipnoterapi Dijalankan Dan Fungsinya

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan
Dikemaskini pada: Ogos 14, 2020

Soalan:
Salam sejahtera, saya merupakan seorang pelajar sekolah menengah. Baru-baru ini, saya ada menonton satu filem hollywood yang berkisarkan tentang ilmu hipnoterapi. Filem tersebut berkisarkan tentang seorang pemuda yang mengalami trauma akibat daripada kisah silam yang mana dia pernah melihat kedua ibu bapanya dibunuh dengan kejam. Sejak daripada itu, dia tidak boleh untuk melihat darah ataupun sesuatu yang berwarna merah kerana akan mengingatkan dia akan pembunuhan tersebut. Pada pertengahan cerita, dia diperkenalkan dengan teknik hipnoterapi dan secara ringkasnya, dia dapat mengatasi trauma tersebut melalui teknik hipnoterapi. Bolehkah saya tahu adakah hipnoterapi merupakan pendekatan yang diterimapakai secara meluas dalam dunia perubatan untuk merawat masalah trauma ?
Jawapan:
Terima kasih atas soalan anda. Saya sungguh takjub kerana satu filem boleh menimbulkan perasaan tertanya-tanya sehingga anda sampai ke medium ini untuk mendapatkan klarifikasi. Sehingga kini, teknik hipnoterapi masih lagi menjadi perdebatan dalam dunia perubatan terutamanya dalam rawatan sakit mental. Hipnoterapi merujuk kepada sejenis terapi yang mengunakan pendekatan hipnosis keatas sesoerang. Hipnosis pula telah banyak diinterpretasikan oleh pelbagai tokoh dan setiap tokoh mencirikan hipnosis dalam pelbagai keadaan. Secara amnya, ia merujuk kepada keadaan di mana seseorang berada pada keadaan paling tenang dan fikiran mereka boleh untuk dikawal berdasarkan objektif terapi. Artikel ini akan merungkai isu hipnoterapi dengan lebih lanjut dan semoga ia dapat membantu anda.

Pendekatan hipnoterapi sudah mula terkenal di seantero dunia mahupun di bahagian nusantara seperti hipnoterapi jakarta, hipnoterapi surabaya, hipnoterapi malaysia dan ada juga mengaitkan dengan hipnoterapi dalam islam. Tidak kiralah dari mana asal usul teknik ini, ia juga telah mula diterimapakai bukan sahaja diserantau asia malah di negara eropah. Ada karya yang mengatakan bahawa teknik ini sudah mula digunakan pada zaman mesir purba iaitu sekitar 3000 tahun yang lalu. Sehingga kini, banyak kajian sedang dilakukan bagi menyelidiki kaedah ini terutamanya dalam bidang perubatan.

Seperti yang telah diperjelaskan pada awal jawapan saya sebentar tadi, hipnoterapi merujuk kepada keadaan seseorang yang tenang dan pemikiran mereka boleh untuk dikawal. Kita juga seringkali disajikan dengan adegan hipnosis di kaca televisyen melalui filem, drama mahupun animasi yang menunjukkan bahawa individu yang melalui proses ini akan berada pada keadaan tidak sedar. Sebenarnya, tahap kesedaran seseorang masih ada atau mungkin mereka berada pada tahap separa sedar ataupun berkhayal ketika sesi ini dijalankan.

Ketika sesi ini dijalankan, daya konsentrasi serta fokus seseorang itu akan berlaku secara mendalam seakan-akan seseorang yang sedang mendalami satu lagu, filem, muzik atau pemikiran mereka sendiri ketika bermeditasi. Ketika seseorang telah mencapai tahap ini perhatian mereka hanya tertuju kepada sesuatu perkara dan pakar hipnoterapi boleh untuk mengawal pemikiran mereka selaras dengan frekuensi keadaan sekeliling.

Objektif dan matlamat melakukan terapi ini terutamanya dalam aspek klinikal adalah untuk memperbetulkan semula situasi serta kesan daripada masalah silam yang memberikan impak negatif kepada kehidupan seseorang. Kaedah ini merupakan terapi sampingan yang mana juga merupakan pelengkap kepada rawatan yang perlu untuk dijalani pesakit seperti intervensi secara psikologi dan ubat-ubatan. Terapi didapati berkesan dalam rawatan yang berkaitan dengan kesihatan mental. Sebagai contoh:

  • Penyakit Keresahan (Anxiety Disorder)
  • Fobia terhadap sesuatu perkara ataupun situasi
  • Penyalahgunaan bahan terlarang seperti dadah ataupun arak
  • Masalah seksual
  • Serangan panik (Panic Attack)
  • Ketagihan
  • Tabiat buruk yang sukar untuk dihindarkan

Pendekatan ini bukan sahaja berguna dari segi kesihatan mental malah ia juga membantu seseorang untuk mengawal rasa sakit. Selain itu, teknik ini berupaya untuk meningkatkan kualiti kehidupan seharian sebagai contoh:

  • Masalah sukar tidur (insomnia)
  • Masalah perhubungan
  • Masalah berkomunikasi
  • Masalah pembelajaran
  1. Konsultasi berkenaan dengan isu atau masalah yang ingin diatasi. Kedua-dua belah pihak iaitu pakar hipnoterapi dan pelanggan perlu untuk berbincang berkenaan dengan masalah, dilema ataupun isu yang sedang dialami yang mana ingin untuk diatasi melalui sesi hipnoterapi. Konsultasi ini juga membolehkan pelanggan mengetahui secara kasar bagaimana proses ini dilakukan dan juga menceritakan tentang jangkaan atau ekspektasi mereka terhadap pendekatan ini. Perbincangan ini juga bukan hanya untuk mendalami masalah pelanggan malah untuk mengetahui kaedah hipnosis yang sesuai berdasarkan personaliti dan kepercayaan seseorang.
  2. Fasa induksi. Fasa hipnoterapi dimulai dengan induksi dan ia selalunya berlangsung selama 15. Pada awal fasa ini, pelanggan akan dibawa kepada keadaan khayal mengunakan teknik ketenangan yang merangkumi minda dan juga otot. Setelah beberapa lama, pernafasan persakit akan mula berlaku secara perlahan dan lebih tenang dan pada ketika itu, tahap kesedaran seseorang tentang keadaan sekeliling mulai dialihkan. Perlu diketahui bahawa fasa induksi adalah pelbagai dan ia bergantung kepada individu.
  3. Fasa berkhayal ataupun hipnosis. Pada tahap ini, pelanggan sudah meula berada pasa tahap separa sedar dan ketika ini terapis sudah boleh untuk memberikan cadangan berkenaan dengan isu yang sedang mereka alami. Cadangan sepatutnya diberikan satu per satu tanpa melulu agar pelanggan dapat untuk menerima cadangan tersebut.
  4. Fasa teriminasi. Setelah seseorang itu diberikan cadangan, terapi akan menyakinkan mereka berkenaan dengan apa yang didengari. Sebagai contoh “mulai hari ini, aku akan lebih yakin dan percaya diri !”. Setelah itu, pelanggan akan dibangunkan secara lemah lemut dan pelabagai kaedah yang boleh dilakukan antaranya dengan menghitung nombor 10 secara terbalik. Akhir sekali, refleksi terhadap sesitersebut dilakukan bagi agar sesi tersebut boleh untuk ditambah baik dan untuk agar pelanggan dapat menyuarakan tentang keselesaan beliau sepanjang sesi tersebut dijalankan.



Rujukan

Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA


Perlukan Nasihat Kesihatan?
Jangan Risau! Tanya soalan anda kepada seorang doktor hari ini. Tanya Doktor RM0

Anda sedia untuk lawan jangkitan?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Ketahui jika badan anda cukup kuat untuk melawan sebarang jangkitan Mula Ujian Percuma

Farmasi Atas Talian
Dapatkan ubat anda secara online melalui e-farmasi DoctorOnCall Penghantaran Ubat Ekspres

Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM20