Ubat ini mempunyai beberapa kesan sampingan. Sesetengah kesan adalah ringan dan tidak memerlukan rawatan yang rapi. Manakala terdapat juga beberapa kesan sampingan yang lebih serius dan memerlukan rawatan segera daripada doktor.
Antara contoh kesan sampingan ubat aspirin ialah:
Pada masa yang sama, sekiranya seseorang mengambil ubat aspirin dalam dos yang berlebihan, gejala seperti pernafasan laju, berpeluh, telinga berdesing, badan menggigil, sawan, ataupun pengsan boleh berlaku. Mereka yang mengalami masalah overdose ini perlu dibawa ke hospital dengan segera untuk rawatan yang lebih lanjut.
Alahan pada aspirin?
Terdapat beberapa tanda yang menunjukkan bahawa seseorang itu mungkin mempunyai alahan terhadap ubat aspirin. Antaranya termasuklah pembentukan ruam pada kulit, pembengkakan muka, mata, bibir, lidah, tekak, ataupun sesak nafas. Pengambilan ubat aspirin perlulah dihentikan dan pesakit perlu mendapatkan rawatan dengan segera.