Sulit
3 tahun
Adakah sejarah penyakit demam denggi memberi kesan sampingan terhadap tubuh badan selepas di ambil vaksin?
Saya lelaki 34 tahun.saya mempunyai sejarah dua kali kena demam denggi iatu pada tahun 2016 dn 2018.adakah wajar sya untuk mengambil vaksin covid 19.adakah ia memberi kesan sampingan terhadap tubuh badan saya?saya ragu-ragu untuk membuat keputusan untuk mengambil vaksin tersebut.mohon pandangan dan pencerahan.terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda berkenaan vaksin COVID-19 pada masa ini. Untuk pengetahuan anda, sejarah demam denggi tidak akan memberi sampingan terhadap tubuh anda jika anda menerima vaksin COVDI-19. Jadi anda tidak perlu risau kerana vaksin ini adalah selamat dan telah melalui beberapa kajian klinikal di beberapa buah negara dan kebanyakan penerima memberikan respons positif terhadap vaksin tersebut.
Berikut merupakan beberapa kesan sampingan yang mungkin dialami setelah seseorang menerima vaksin COVID-19:
- Lokal (di kawasan suntikan)
- Sakit atau ketidakselesaan
- Bengkak
- Kemerahan di tempat suntikan dan sekitarnya
- Sistemik:
- Demam
- Cirit birit
- Pening kepala
- Sakit kepala
- Reaksi alahan:
- Kesukaran bernafas
- Nafas berbunyi
- Timbul ruam gatal
Kesan sampingan ini mungkin atau mungkin tidak akan dialami oleh anda setelah menerima vaksin tersebut. Selepas mendapat suntikan, anda akan dipantau selama 30 hingga 40 minit untuk kesan sampingan. Walaupun begitu, sekiranya anda mengalami kesan sampingan di luar (terutama reaksi alahan), anda dikehendaki untuk pergi ke hospital berhampiran dengan segera untuk rawatan segera.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di Klik di sini untuk bercakap dengan doktor. untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini