ramleedingkil
4 tahun
Abdoman dan tepi rusuk sebelah kiri sakit dan berdenyut sakit
Saya ada seorang pengidap copd…pernafasan saya ok…ada gastrik…mycardial da buat…semua ok result…negatif…tetapi selalu sakit dan berdenyut sblh kiri rusuk dan bwh abdoman…terlalu rasa letik…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- gastrik
- penyakit saluran darah pada usus (Chronic Colonic Ischaemia)- selalunya dialami oleh perokok
- radang divertikular
- penyakit radang usus (Inflammatory bowel disease)
- penyakit usus tidak selesa (Irritable bowel disease)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.