Sulit
3 tahun
Ada biji .. sakit
Dalam 2-3 hari ni kan … dekat bahagian bibir faraj saya … dia ada biji tauw … macam biji jerawat tapi saket … dia ada 2-3 biji macamtu … lepastu dekat bahagian kemaluan saya dengan punggung, dia ada luka ? Lepastu saket & pedih . Em tu saket apa em ? Teruk tak ? Apa langkah seterusnya ?
Adakah ia akan berlanjutan ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami dan atas soalan yang diajukan.
Kami faham kebimbangnan anda pada masa ini. Untuk maklumat anda, terdapat beberapa perkara yang mungkin dapat menjelaskan mengapa anda mengalami masalah sedemikian:
- Jangkitan kulit sama ada berpunca daripada bakteria, virus atau kulat
- Jangkitan kelamin seperti gonorrea atau sifilis
- Sebaceous cyst (kelenjar peluh yang tersumbat)
- Dermatitis (radang kulit)
- Vaginitis
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Kami amat sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor kerana ianya mengganggu anda dan supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan.
Pada masa ini, anda perlu lakukan perkara berikut:
- Mengelakkan diri daripada melakukan hubungan seksual buat sementara waktu
- Menjaga kebersihan di kawasan kemaluan
Anda juga boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai masalah anda secara peribadi bersama dengan doktor kami. Terima kasih.