Sulit
3 tahun
Ada darah selepas ½ minggu period
hai dr , saya berusia 24thn n belum berkahwin , time 1/2minggu selepas period ,time keputihan kadang2 ada darah bewarna pink n keputihan bersama darah (tiada bau , sakit) pernah jugak selepas 1/2 minggu period ada kecil2 berwarna hitam
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu pendarahan spotting yang keluar bersama lendir. Untuk makluman anda, masalah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan. Antaranya ialah:
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Pendarahan kehamilan
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Anda masih risau tentang spotting ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat serta pemeriksaan lanjut adalah diperlukan.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih