Sulit
3 tahun
Ada tanda-tanda kanser payudara
Ada ketulan di dalam payudara. Sudah bertahun-tahun tapi saya perasan ketulan sekarang lebih besar dari tahun sebelum ni… tak sakit tapi risau. Ketulan tu bergerak-gerak. Tak duduk 1 tempat. Perlu ke saya ke hospital?
3 tahun
Selamat Sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Saya akan cuba menjawab soalan yang diutarakan oleh puan. Benjolan di bahagian payudara boleh mempunyai pelbagai puncanya seperti:
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Gumpalan tisu fiber
- Gumpalan tisu lemak
- Kanser payudara
Antara tanda kanser payudara:
- Benjolan keras pada payudara atau bawah ketiak
- Benjolan hanya ada satu
- Kulit payudara mengecut
- Keluar cairan dari benjolan
- Hanya ada pada satu payudara
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut dengan segera jika anda mendapati tanda tanda kanser payudara. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.