Sulit
3 tahun
Adakah anak saya berpontensi mengidap talasemia
Anak saya berumur 16 tahun doktor ada membuat ujian darah menyusahkan anak saya mengidap talasemia… saya normal dan bekas isteri says cuma ada tekanan darah rendah. Adakah anak saya boleh mengidap penyakit tersebut setahu saya penyakit ini adalah keturunan
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang kebimbangan yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami keraguan yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, Talasemia adalah penyakit genetik sel darah merah.
Ianya penting untuk mengetahui kategori minor atau major penyakit ini
( Talasemia minor)- Pembawa gen talasemia
(Talasemia major) - Pesakit talasemia
Pembawa gen talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh dibuat mengenai ujian darah talasemia. Seorang pembawa boleh menurunkan gen talasemia kepada anak-anaknya manakala talasemia major akan menunjukkan simptom-simptom kurang darah merah dan memerlukan infusi darah setiap bulan seumur hidup
Mengetahui kategori ini juga sangat penting untuk mengelakkan anak nanti mendapat penyakit yang sama.
Jika anda mempunyai sebarang keraguan lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.