Sulit
3 tahun
Adakah perlu untuk ujian Covid19?
Saya wanita, berusia 30 tahun merupakan lapisan C kontak pesakit. Walaubagaimanapun, saya mempunyai simptom seperti batuk, sakit tekat dan kadang-kadang mengalami kesukaran untuk bernafas (short breath). Adakah perlu untuk saya ke klinik kesihatan berdekatan dan melakukan ujian swab test serta keadaan ini kepada klinik kesihatan berhampiran? Beberapa hari lepas, saya pernah ke klinik kerana batuk, sakit tekak dan Dr mengatakan kemungkinan berpunca daripada gastrik (pada ketika itu tidak mengetahui lapisan c kontak pesakit). Mohon nasihat. Tq.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda mengenai gejala yang anda alami. Untuk maklumat anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor segera kerana masalah kesukaran bernafas perlu diberi perhatian kerana ia mungkin berpunca daripada masalah yang lebih serius.
Berikut antara sebab yang mungkin dapat menjelaskan mengapa anda mengalami gejala seperti yang disebutkan di dalam ruangan soalan:
- Radang tonsil (tonsilitis)
- Radang faring dan laring (pharyngitis dan laryngitis)
- Serangan asma
- Jangkitan paru-paru (pneumonia)
WHO menyenaraikan simptom biasa untuk jangkitan COVID-19 seperti berikut:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celcius)
- Keletihan
- Batuk
- Sakit-sakit badan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sesak nafas
Kami sarankan anda untuk memantau gejala anda dan segera berjumpa dengan doktor sekiranya keadaan anda semakin tidak terkawal.
Kami juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa anda berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan kerap dan patuhi SOP PKP sesuai garis panduan KKM setiap waktu.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini