Sulit
2 tahun
Adakah risiko hamil selepas berhenti mengambil injection?
Hai,sya telah mengambil suntikan perancang selama 2tahun 2bulan dan kini masih menunggu haid kembali normal,kerana memang selepas berhenti injection belum datang haid.adakah mengambil masa untuk subur semula? dan baru dua minggu sya telah berhenti dan sudah bersama suami.selma dua minggu ini selepas berhenti mengambil injection sya tidak mengambil apa² pil perancang. Adakah resiko untuk sya hamil tinggi?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, anda boleh hamil seawal 3 ke 4 bulan selepas berhenti mengambil suntikan namun sesetengah wanita mengambil masa sehingga 2 tahun untuk hamil selepas berhenti mengambil suntikan tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.