Sulit
3 tahun
Adakah sakit tekak ada kaitan dengan hipertiroid
Saya wanita 21 tahun yang sedang menderita penyakit hipertiroid…saya mengalami sakit ini sudah bertahun tahun.sekarang tekak saya terasa sakit dan sedikit sesak dada.adakah penyakit hipertiroid ini ada kaitan dengan sakit tekak?mohon pnjelasan dari doc.tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda. Untuk makluman anda, sakit hipertiroid boleh membawa beberapa simptom bergantung kepada punca hipertiroid tersebut. Masalah sakit tekak boleh berlaku dalam keradangan tiroid. Simptom-simptom lain adalah seperti demam, seram sejuk dan sakit depan tekak.
Selain itu, punca sakit tekak yang lain adalah seperti:
Jangkitan bakteria atau virus
Pneumonia
COPD
Jangkitan COVID-19- Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Anda memerlukan pemeriksaan lanjut supaya punca yang tepat boleh dikenal pasti. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.