Sulit

3 tahun

Adakah Seseorang Yang Mengalami Gejala Ringan Penyakit Mental Boleh Berkelakuan Normal

Saya pelajar kolej. Saya dapati apabila saya ke klinik dan memberitahu doktor simptom saya, surat temu janji ke hospital saya dapat. Saya mengalami gejala seperti delusi dan halusinasi. Contohnya, saya berasa semua orang yang dalam sekumpulan berbicara buruk tentang saya. Saya juga semasa ke klinik, apabila saya masih menunggu panggilan jumpa doktor ke bilik selepas sesi pertama berjumpa, saya dengar staf - staf klinik berbicara bahawa saya ada masalah mental. Saya juga dengar mereka mengatakan nama saya dan mengatakan saya menghidap skizofrenia. Saya juga nampak kayu pokok menjadi kucing, selimut menjadi rambut, baju dan bantal menjadi orang. Apabila saya mahu tidur, saya dengar suara - suara marah dan tengking saya seperti trauma dahulu. Saya juga mempunyai keinginan dan plan untuk bunuh diri setiap masa. Keluarga mengatakan saya pura - pura kerana kadang - kadang berkelakuan normal. Saya keliru. Simptom saya akan lebih serius jika saya bersendirian dan kurang terjadi jika saya bersama keluarga atau kawan. Adakah seseorang yang mengalami gejala ringan sakit mental boleh menjadi normal kadang - kadang dan menjadi kronik apabila bersendirian?

Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami

Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak anda. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda. gejala-gejala yang telah dijelaskan tersebut sememangnya merupakan salah satu indikasi dari gejala gangguan psikiatri yang sangat memerlukan bantuan dari ahli keluarga dan tenaga pakar (perubatan).

Untuk pengetahuan anda, mendengar suara atau bisikan bila tiada orang disekeliling seseorang individu dikenali sebagai halusinasi pendengaran. Terdapat beberapa punca yang menyebabkan halusinasi pendengaran dan masalah mental adalah punca yang utama gejala ini untuk berlaku seperti:

  • Schizophrenia
  • Masalah bipolar
  • Masalah kemurungan yang kronik

Masalah kesihatan mental perlu disiasat lebih lanjut oleh doktor pakar. Namun begitu, terdapat juga beberapa perkara yang boleh menyebabkan halusinasi ini seperti:

  • Tekanan emosi
  • Sawan
  • Masalah tidur
  • Masalah pada telinga
  • Kesan sampingan ubat
  • Ketumbuhan pada otak

Buat masa ini, anda haruslah berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat sebagai sokongan emosi .Sekiranya anda tidak mendapat rawatan di klinik psikiatri, anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Kami juga menasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan memendam perasaan runsing, kerana ia hanya akan merumitkan lagi keadaan.

Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:

  • cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
  • jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
  • jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
  • mendapat rehat / tidur yang secukupnya
  • percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan

Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.

Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.

Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.

AdobeStock_120367698

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)