Sulit
3 tahun
Amalan gaya hidup sihat yang menekankan bahagian pemakanan
Hai doktor . saya baru nak mula healthy lifestyle . then i google about many things and found out about acrylamide , carcinogen dan saya jadi takut nak makan . saya hanya makan timun saja for the whole day . boleh saya tahu makanan apa yang selamat untuk saya makan ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak makanan yang baik untuk kesihatan kita. Contohnya, pengambilan susu ataupun produk yang mengandungi kalsium tinggi seperti lentil dan yoghurt baik untuk tulang dan mengelakkan diri dari penyakit osteoporosis. Selain itu, makanlah banyak buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan daging tanpa lemak. Sentiasa minum air yang mencukupi walaupun tidak berasa dahaga, ia dapat membantu mengekalkan tahap tenaga anda dan mempunyai kulit yang cantik.
Tetapi, sebaik mana pun sesuatu makanan itu, ia bergantung kepada tahap kesihatan diri seseorang kerana terdapat makanan yang banyak khasiat namun tidak sesuai untuk diri kita dan pengambilan yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada pakar pemakanan yang boleh dihubungi di hospital-hospital kerajaan mahupun swasta untuk memastikan pelan diet yang seimbang dan komprehensif dapat dibuat untuk memastikan kesihatan anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Ingin mendapatkan kepastian tentang pemakanan yang betul?Pakar kami sedia untuk membantu anda.