Sulit
3 tahun
Anak batuk & sedikit semput
Anak saya berumur 13 tahun, dia sedang mengalami batuk & mild asthma dari hari isnin (masuk hari ke 3). Saya telah berikan dia ubat batuk syrup (tapi skrg da habis) dan dia juga mengambil ventolin puff. Batuk tidak berpanjangan cuma sekali sekala dia akan batuk. Dia tidak demam tapi ada sedikit selsema/bersin pada waktu pagi. Saya ingin mendapatkan nasihat doctor untuk mengambil ubat makan dan boleh ke dia start mengambil antibiotik ? Kalau ye boleh berikan saya nama ubat itu ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anak anda. Untuk makluman pihak anda, bagi mengetahui rawatan yang sesuai, puncanya haruslah diketahui. Hal ini kerana bergantung dengan punca, rawatan mungkin berbeza. Masalah anak anda ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan bakteria atau virus
Penyakit Asma
Pneumonia
COPD
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca rawatan yang sesuai, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Selain itu, ubat antibiotik tidak sepatutnya di ambil sebarangan. Ianya hanya diberikan sekiranya gejala yang dialami adalah disebabkan jangkitan kuman.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.