Sulit
4 tahun
Anak selsema biasa adakah boleh bawak naik flight ke kedah
Anak saya selsema biasa sahaja adakah boleh bawak naik flight ke kedah
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda. Anda membawa dia naik flight tetapi harus berhati-hati kerana lapangan terbang merupakan kawasan yang padat. Anda amat digalakkan untuk mengamalkan langkah-langkah berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia berikut:
Mencuci tangan dengan sabun dan air.
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus*
Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Semoga anak anda cepat sembuh. Terima kasih