Anonymous
4 tahun
Anak terjerut di leher
Baru sebentar saya dikejutkan dgn tangisan ank kecil sy. Sy amat terkejut menyedari beliau meronta kerana leher telah terjerut dgn rambut kakaknya yg tidur di sebelah n kakak menangis kesakitan dgn rontaan adik. Sy berjaya meleraikan jerutan tersebut. Namun terdapat kesan merah yg amat ketara di leher anak kecil saya. Dia telah bhenti menangis n tidur seperti biasa selepas menyusu. Adakah beliau masih dlm keadaan bahaya n perlu dibawa ke klinik? Kesan merah masih jelas di sekeliling leher akibat jerutan yg kuat. Sila berikan nasihat.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdassarkan keterangan yang anda berikan, sekiranya anak anda mengalami gejala seperti suakr bernafas, suakr menelan makanan dan bengkak pada leher, anda perlu membawa anak anda segera berjumpa doktor. Kesan kemerahan pada leher anak anda berkemungkinan disebabkan kesan tekanan/jerutan yang lama oleh rambut ataupun alahan kulit pada rambut.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anak anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anak anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.