amigiecollection
4 tahun
Anak umur 2tahun demam
Hi dr, anak saya umur 2tahun 6bulan.
Tadi jam 6 ptg dia dah masuk ubat dari dubur tu. tapi sekarang panas lagi dalam 38.6darjah, boleh masuk ubat dlm dubur tu lagi ke ?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, penggunaan ubat demam melalui dubur perlu diberikan mengikut jarak jam. Jika jarak antara 1 dos ke 1 dos yang seterusnya adalah 4 jam atau 6 jam, maka anda perlu mengikutinya. Hal ini bagi mengelakkan lebihan dos dalam kalangan kanak-kanak. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anak anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.