Sulit
2 tahun
Angin dalam badan, sesak nafas
Salam Dr, saya berumur 23 tahun mengalami angin dalam badan sejak 1dose vksin, sesak nafas di mana perut saya kembung setelah diperiksa di klinik. Sejak sebulan, saya telah berpantang pasal makanan saya(sup ayam beserta lobak, dan sayuran hijau). Saya ingin bertanyakan beberapa soalan.
- Adakah biasa merasa di dalam bahagian dadah gatal dan pernah sekali jantung berdegup kencang seperti anxiety menyebabkan sukar bernafas?
- Apakah hubungan sx menambahkan keburukan penyakit saya ini?
- Apakah supplement tambahan yang boleh diamalkan untuk kesihatan saya serta pengambilan vaksin yang akan datang?
Terima kasih Doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda mengalami simptom kembung perut, sesak nafas, gatal dada dan ingin mengetahui persediaan yang boleh diambil untuk menanganinya. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gatal dada dan jantung berdegup laju adalah dua simptom yang berbeza. Hal ini kerana, gejala gatal berkait dengan masalah kulit manakala sesak nafas boleh disebabkan oleh:
- Masalah jantung
- Masalah paru-paru
- Anaemia
- Masalah perut
Simptom yang anda lalui juga tidak sepatutnya menjadi lebih teruk dengan aktiviti seks. Namun, jika anda semakin sesak nafas apabila kekembungan perut memburuk, ia mungkin bukti gejala yang berhubung kait. Seperti dalam keadaan:
- GERD
- Gastrik
- Jangkitan H. Pylori
- Ulser perut
- Kanser perut
Buat masa ini, tiada supplement elok yang boleh menangani kesan sampingan vaksin COVID-19. Kami hanya menasihatkan agar anda mengamalkan gaya hidup serta pemakanan sihat agar simptom anda boleh dikawal.
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar gastroenterologi
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini