Sulit
3 tahun
Bacaan Hep B. Hep b Boleh sembuh?
apakah yang di maksud kan “Suggest Vaccination” for hep b ? adakah saya positive hep B ? hep B bacaan saya adalah <2 IU/L. Apakah yang di maksud kan itu ? boleh kah saya sembuh sepenuh nya lepas injection ke 3 ? lepas injection ke 3 ? apakah yang saya perlu lakukan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sekiranya anda disarankan untuk mengambil vaksin hepatitis B, ianya bermaksud anda tidak mempunyai antibodi terhadap vaksin ini dan bukannya anda positif hepatitis B.
Sekiranya anda positif, anda akan dirujuk kepada doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut. Bukannya disarankan untuk mendapatkan vaksin hepatitis B. Tujuan vaksin adalah untuk melindungi daripada terkena jangkitan virus tersebut dan bukannya untuk menyembuhkan. Ianya adalah langkah berjaga-jaga sebelum terkena penyakit tersebut. Sesetengah individu memerlukan beberapa kali suntikan sebelum badan boleh menghasilkan tahap imuniti yang memuaskan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.