Sulit
3 tahun
Badan berasa sejuk dan mengigil
saya wanita yang berusia 19tahun. saya mengalami sakit kepala, tangan kebas, sesak nafas dan badan berasa sangat sejuk dan mengigil. tidak sering berlaku ia seakan hari ini saya berasa sejuk dan esoknya akan pulih tetapi akan terjadi semula. mengapa doc?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Masih ragu-ragu dengan masalah kesihatan anda? Dapatkan bantuan dari pakar yang bertauliah!
Keadaan atau penyakit yang dapat memberi gejala menggigil, sesak nafas, sakit kepala, kebas tangan dan kerap merasa sejuk, termasuk:
- Gangguan organ jantung
- Gangguan paru-paru
- Gangguan organ tiroid
- Gangguan metabolisme atau homeostasis tubuh
- dan lain-lain
Sebelum membat apa-apa kesimpulan, adalah lebih baik kita mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda. Ini juga agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan. Antara pemeriksaan perlu dilakukan terlebih dahulu termasuk:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan darah
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.