Sulit
3 tahun
Badan panas dalam selama beberapa hari
Saya wanita lingkungan 20-an.saya mengalami badan panas dalam selama beberapa hari. Selain tu, telinga saya selalu juga rasa panas dalam sampai saya rasa tak boleh tahan. Saya minum cukup air dan telah mengambil panadol tapi masih sama. Saya juga rasa anxious melampau kadang sampai menangis. Saya tak ada rasa pening cuma kadang kadang saja migrain. Bp saya normal. Bila saya anxious saya akan mula shaking dan rasa macam nak hilang kawalan. Boleh saya tahu apa masalah saya?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah badan panas juga boleh disebabkan oleh:
- kehamilan
- masalah hormon tiroid berlebihan
- cuaca panas
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.