Sulit
4 tahun
Badan x serap zat makanan
Anak saya 7thn, dia lahir 1 bln awal…Berbagai makanan berkhasiat & supplement saya dh beri tp badannya masih lg kurus…(Kelihatan tulang2 selangka).Apa harus saya lakukan? Terima Kasih.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah badan kanak-kanak yang sangat kurus ini perlu dilihat dari pelbagai sudut. Anak anda perlu mempunyai pemakanan seimbang kerana badannya tengah membesar dan makanan yang berfokus kepada karbohidrat sahaja tidak akan memberikan tumbesaran seimbang kerana gula yang terhasil akan dibakar dengan cepat. Sekiranya anak anda mempunyai selera makan yang baik serta aktif, maka anda boleh membawa anak anda keklinik bagi pemeriksaan tumbesaran anak anda. Sekiranya perlu, maka pihak klinik mungkin akan mengesyorkan pemakanan tambahan jika anak anda kurang berat dari segi umurnya.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.