alif.nazmy
3 tahun
Bahu sendi dislokasi
Saya berumur 18 saya mengalami bahu dislokasi , persoalan saya boleh ke bahu saya kuat seperti asal dan boleh ke mengangkat berat
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, bahu anda masih boleh kuat seperti biasa dan anda akan boleh mengangkat berat setelah bahu anda disahkan tiada masalah saraf. Namun, sekiranya ini bukan kali pertama anda mengalami dislokasi bahu, anda mungkin akan memngalami masalah bahud tidak stabil yang kronik dan kelemahan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.