kecik5435
4 tahun
Batu kepala berdenyut
Saya lelaki berumur 39.saya sering batuk dan kepala kerapa berdenyut.tiada demam dan tiada sakit tekak.kekadang bila batuk bahagian dada jadi sakit dan terasa pedih.ada masa bahagian kerongkong terasa pedih macam terbakar
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah batuk ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan bakteria atau virus
Penyakit Asma
Pneumonia
COPD
Manakala kemungkinan untuk rasa sakit dada, sakit tekak serta kepala berdenyut mungkin disebabkan oleh anda terlalu kerap batuk.
Selain ubatan, anda boleh cuba merawat batuk anda dengan cara berikut:
Berhenti merokok
Mengambil minuman suam
Minum banyak air
Minum jus lemon dan madu
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.