Anonymous
4 tahun
Batuk berlarutan sehingga sesak nafas
saya sudah berjumpa doktor dan diberi ubat doxycillin…saya dah consume ubat tersebut 1 hari dan lupa memberitahu doktor yang saya sedang merancang untuk hamil. bahayakah ubat tersebut kerana due period saya sepatutnya 2 hari lagi dan saya tidak pasti adakah sedang hamil ataupun tidak
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda ubat doxycycline selamat untuk digunakan jika anda tidak mengandung. Tetapi ia bahaya jika semasa mengandung ataupun ketika menyusu anak.
Jadi saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara percuma. Terima kasih.