Sulit
3 tahun
Batuk berpanjangan dan sakit tekak
Doktor,
Saya telah mengalami batuk dan sakit tekak melebihi 2 bulan. Batuk saya berkahak. Saya juga akan berpeluh apabila tidur pada waktu malam walaupun saya tidak berasa panas. Apabila batuk ia menyebabkan saya sakit dada dan sedikit sesak nafas. Kadang-kadang saya turut muntah. Saya tidak demam tapi kebelakangan ini saya kerap sakit kepala. Mohon nasihat daripada pihak doktor. Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan bakteria atau virus
Penyakit Asma
Pneumonia
COPD
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.