Sulit
4 tahun
Batuk berpanjangan tanpa demam
saya berumur 30an, ada masalah dengan batuk yang berpanjangan, berkahak dah lebih seminggu. Saya dah makan macam2 ubat doktor bagi tapi masih sama. Demam sekali sahaja sekali dengan batuk. Demam hilang tapi batuk masih ada. Suami saya perokok. Tempat kerja mmg 24 jam berhawa dingin dan tertutup. Doktor ada nasihat lain?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk berkahak serta demam yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit COPD - paru-paru sempit. Penyakit ini sering didapati pada perokok atau perokok sekunder (orang yang duduk dengan perokok)
- Jangkitan tibi
- Jangkitan legionella - jika selalu duduk dalam kawasan penghawa dingin
- Jangkitan influenza
- Penyakit asma
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.