Anonymous
4 tahun
Batuk brterusan sjk 3 thn
Saya wanita yg brusia 43thn mengalami batuk flm jangja masa yg lama.dah byk kali jmp doctor tpi mrka menyatakan saya tiada pnyakit tibi,mslhnya lps saya mkn ubat batu dn antibiotik dlm msa 1 @ 2 bln batuk trsebut dtg lgi…skrg nie saya sdh jdi feedup nk prg klinik utk diperiksa dn mkn ubat
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca batuk berpanjangan:
• Jangkitan bakteria atau virus
• Asthma
• Allergic Rhinitis
• Pneumonia
• Penyakit tibi
• COPD
Batuk yang disebabkan oleh jangkitan bakteria biasanya adalah lebih sukar sembuh berbanding jangkitan virus.Disebabkan anda muntah kahak yang kekuningan anda mungkin dijangkiti jangkitan bakteria.Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Untuk melegakan batuk anda dengan beberapa langkah:
- Mengambil minuman panas tanpa gula seperti air lemon dan madu
- Kurangkan makanan pedas dan berminyak
- Jauhi rokok atau orang lain yang merokok
- Minum air putih dengan kerap
- Dapatkan rehat yang secukupnya
Sekiranya batuk anda masih berlarutan, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami bagi mendapatkan rawatan selanjutnya. Terima kasih.