Sulit
4 tahun
BCG Tiada Kesan Parut
Anak perempuan saya berusia 8tahun dan telah menerima suntikan BCG ketika lahir pada tahun 2011. Tetapi sehingga sekarang, tiada kesan parut yang terbentuk.
Melalui pembacaan, jika tiada kesan BCG anak akan disuntik semula ketika berusia 7 tahun. Tetapi pekeliling telah dikeluarkan tiada BCG lagi yang akan disuntik disekolah pada darjah satu.
Soalan saya, patutkah anak saya mengambil suntikan BCG semula? Bagaimana saya harus mendapatkan suntikan tersebut?
Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, tiada keperluan untuk suntikan bcg sekali lagi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.