Sulit
3 tahun
Belakang telur sakit
saya berumur 41 tahun. semenjak setahun dua belakang telur saya sakit. ia biasa berlaku sebulan dalam 2-3 hari. lepas tu ia akan hilang. adakah kurang seks menjadi punca? hubungan bersama isteri hanya 1 atau 2 kali sahaja sebulan. ada kala dalam sebulan tiada seks. puncanya isteri menolak kerana letih dsb atau bermacam alasan lain
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sakit di bahagian belakang testis berlaku 2-3 hari sebulan. Untuk makluman anda, masalah ini mungkin berkait dengan kekerapan melakukan hubungan seks ataupun tidak.
Terdapat beberapa penyakit lain yang boleh menjelaskan masalah anda iaitu:
- Penyakit keradangan atau jangkitan kuman (STI) pada epididymis (organ yang melekat pada testis) - Epididymytis
- Ketumbuhan hernia (Inguinal hernia)
- Batu karang salur buah pinggang
- Keradangan testis (Orchitis)
- Kecederaan pada testis atau kilasan testis (Testicular torsion)
- Varicocele- salur darah berkembang
- Kanser testis
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda sekiranya anda mengalami simptom-simptom yang lain seperti:
- Sakit yang berterusan dan makin mendadak
- Keletihan atau tidak bermaya
- Kegatalan pada alat kelamin
- Masalah kencing
- Sakit belakang
- Kawasan testis menjadi bengkak atau terdapat benjolan.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah