Sulit
3 tahun
Belum pernah mengabil perancang tetapi bolehkah mengbil after morning pil kerana telah bersa suami
sejak saya melahirkan anak 8 bulan yang lalu saya belum pernah mengambil apa-apa perancang keluarga dan baru-baru ni saya telah bersama suami. Kurang dari 72 jam saya telah mengambil pil after morning pil. Jadi soalan saya, adakah pil itu masih boleh berkesan dan bolehkah saya sambung dengan pil perancang 21 hari?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami. Bagi masalah anda, anda bolehlah mengambil pil perancang kecemasan.
Pil perancang kecemasan perlu diambil dalam tempoh tiga hari selepas hubungan seks tanpa perlindungan. Bagi anda, kaedah perancang kecemasan bergantung kepada beberapa faktor seperti jantina, status pemakanan, sedang menyusu serta keperluannya. Kontraseptif kecemasan boleh didapati dalam bentuk pil serta peranti intrauterin (intra-uterine device).
Jika anda ingin mengamalkan langkah kontraspetif dalam jangka masa yang panjang, anda hendaklah berbincang dengan doktor kerana terdapat banyak pilihan kaedah perancangan keluarga dan pemilihan ini mengambil kira banyak faktor seperti:
- Tahap kesihatan
- Kesan sampingan ubat
- Kemudahan mendapatkan ubat
- Jangka masa perancangan
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)atau link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.