Sulit
3 tahun
Bengang dalam telinga
Hai doc saya ingin bertanya jika telinga saya rasa bengang sebelah apa patut saya lakukan… Saya x pasti taik telinga keras ataupun binatang masuk… Apa yg patut saya lalukan… Saya dah titiskan ubat lembutkan taik telinga tapi still x ok
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Sakit telinga, atau tersumbat memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan adalah terlalu singkat, tidak jelas dan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal yang sebenar.
Namun umumnya gangguan yang anda alami boleh berpunca dari:
- Gangguan Saluran Eustachian
- Penyumbatan oleh benda asing, serangga atau tahi telinga
- Gangguan kontraksi otot telinga
- Gangguan telinga yang lain, dimana pemeriksaan lanjut perlu dilaksanakan oleh doktor
Oleh itu, saya sarankan, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Maka dengan itu, kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat dengan kadar segera.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.