Sulit
3 tahun
Bengkak di bawah ketiak
Haritu saya dah pernah tanya pasal bengkak di bawah ketiak saya dan doctor telah respond memberikan penjelasan tentang bengkak di bawah ketiak mungkin disebabkan oleh deodorant, jangkitan di follikel bulu atau limfoma. Jadi saya ingin bertanya jika saya melakukan exercise adakah bengkak di bawah ketiak saya akan hilang? Exercise yang specific untuk hilangkan lemak di bawah ketiak walaupun bengkak itu bukan lemak adakah ia boleh hilang kerana teksturnya seperti lemak yang berlebihan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sekiranya ia bukan lemak berlebihan, maka senaman tidak akan menghilangkannya. Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu mengetahui punca dan jenis benjolan ini. Oleh itu, anda disarankan untuk menjalani pemeriksaan di klinik.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.