Sulit
3 tahun
Bengkak di belakang leher
Saya wanita berumur 37 taun…doc,saya perasan ada bengkak di belakang leher kalau saya tekan rase sakit tetapi ia tidak menganggu…jika ditekan ia lembut,2 bulan lepas jika saya nak pandang ke sebelah kanan agak sakit lebih dr sebulan…kenapa ye doc…tq doc
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, bengkak pada bahagian leher boleh disebabkan:
- Radang kalenjar parotid - kerana jangkitan/batu karang/auto-imun
- Mastoiditis - radang mastoid
- Radang sendi rahang - Temporo-Mandibular joint syndrome
- Abses/nanah
- Bengkak kalenjar leher
- Limfoma
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma bagi penerangan lanjut. Terima kasih.