farachuu785
2 tahun
Benjolan biji di leher
Saya wanita berumur 31 tahun, sudah berkahwin dan punyai seorang anak. Dibahagian leher terdapat beberapa benjolan biji. Kdg2 tak sakit kdg2 sakit. Jika sakit ia membuatkan saya sukar untuk menelan air liur.
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Kami memahami anda mengalami kebenjolan seperti biji pada bahagian leher yang kadang-kadang sakit dan menyukarkan anda menelan air liur. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, benjolan pada bahagian leher boleh bermakna banyak perkara. Kami memerlukan maklumat tambahan serta pemeriksaan dan ujian tambahan untuk mengetahui punca sebenar kebenjolan tersebut. Namun, secara umumnya, kebenjolan pada leher boleh disebabkan oleh :
- Masalah tiroid seperti goitre
- Limfadenopati
- Masalah kelenjar air liur
- Jangkitan kuman pada kulit
- Ketumbuhan pada leher
Kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor untuk mengetahui punca masalah anda yang tepat.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.