Sulit
3 tahun
Benjolan yang agak besar di sekitar anus
Saya ingin bertanyakan soalan, isteri saya ada mengadu bahawa dia sakit di bahagian anus dia. Apabila saya periksa kawasan anus tu, saya dapati ada satu benjolan yang agak besar berhampira anus isteri saya. Saya ajak isteri ke klinik tapi dia takut. Jadi boleh saya tahu kemungkinan akan apakah benjolan tersebut dan adakah ia berbahaya. Terina kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, benjolan yang terdapat pada kawasan dubur boleh disebabkan:
- Jangkitan kuman dan bernanah
- Buasir yang dijangkiti kuman
- Kista (cyst) seperti “sebaceous cyst”
- Penyakit radang usus
- Kanser dubur
Sekiranya masalah benjolan pada dubur isteri anda berlanjutan serta memudaratkan kesihatan isteri anda. Isteri anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.