Sulit
3 tahun
Benjolan yang banyak dikaki
Hai doktor, dikaki saya ada benjolan kecil yang banyak dan merah. Benjolan tu terasa sakit sangat sehingga kan nak berjalan terasa sakit. Saya perasan benjolan tu dikaki saya dah hampir seminggu. Adakah benjolan ini boleh disebabkan penyakit yang lain?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu benjolan yang banyak di kaki. Untuk makluman anda, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Cedera otot
- Gigitan serangga
- Abses
- Lipoma
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Memandangkan ia menyukarkan anda untuk berjalan, justeru, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk mendapat rawatan sepatutnya. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.