Sulit
3 tahun
Berak berdarah can Rasa pedih serta tidak selesa ketika duduk. Terutamanya selesa membuang air besar. Ianya berlaku baru 2 hari. Dan saya sangat ingin tahu
Saya wanita berumur 19 tahun.
Sejak hari khamis 5/11/20 haritu saya mengalami berak berdarah “fresh blood”.Pada smlm pagi ianya sudah tiada tetapi pada waktu mlm ianya ada kembali… tetapi darah tersebut tidak terlalu byk. Ianya pedih selepas BAB. sebelum pon sama. Terasa pergi dan tidak selesa ketika duduk. Saya sungguh takut hendak ketds utk BAB kerana pedih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkanya antaranya ialah:
- Luka akibat sembelit
- Buasir – buasir adalah keradangan saluran darah pada dubur dan ia sangat biasa berlaku
- Fisur dubur (anal fissure) – selaluny disebabkan oleh sembelit dan ketegangan
- Ulser peptik – 90% kes disebabkan oleh jangkitan kuman Helicobacter Pylori
- Radang usus
- Kanser kolorektal
- Radang usus
- Irritable bowel syndrome
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.