Sulit

3 tahun

Berak berdarah dan tidak membuang air besar selama 4 hari

Saya wanita berumur 15 tahun . Apabila saya berumur 10 tahun saya pernah berak berdarah tetapi dalam kuantiti yang sedikit dan sebulan kemudian saya sudah tidak berak berdarah. apabila saya berumur 15 tahun, dalam 4 minggu yang lepas saya kembali berak berdarah dalam kuantitinya sedikit dan berhenti. 7 hari yang lepas saya berak berdarah dan mulai kuantiti yang agak banyak lebih dari sebelumnya,keesokkan harinya darah semakin sedikit.keesokkannya najis saya cair selama 2 hari . Selepas itu saya tidak rasa untuk membuang air besar sehingga kini . Apakah masalah saya ? adakah ia serius ?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah berak darah.
Namun, kami memerlukan informasi yang lebih terperinci mengenai najis berdarah yang anda alami kerana ia boleh berbentuk kepada dua jenis, sama ada ia najis yang mengandungi darah (najis kelihatan hitam seperti tar), ataupun pengeluaran darah merah yang segar yang melekat pada najis. Ini adalah kerana kedua-dua gejala tersebut mempunyai sebab yang berbeza.

Berikut merupakan sebab najis yang mengandungi darah ( Melena ) :

  • Pendarahan pada kawasan usus separuh atas (Upper GI bleeding)
  • Ulser perut
  • Kanser perut
  • Masalah hati
  • Mallory Weiss Tear
  • Masalah saluran darah pada kawasan usus
  • Penghasilan tiub usus Merckel ( Merckel’s Diverticulum )

Berikut merupakan sebab-sebab berlakunya darah segar pada najis ( Hematochezia )

  • Pendarahan pada usus separuh bawah (Lower GI bleeding)
  • Kanser usus
  • Penyakit keradangan Chron’s
  • Penyakit keradangan usus seperti ulser usus ( Ulcerative Collitis )
  • Buasir
  • Fisur dubur ( Anal fissure )
  • Polip usus (FAP)

Selalunya, fisur dubur disebabkan oleh kecederaan pada tisu luar atau dalam lubang dubur. Kecederaan ini selalunya disebabkan oleh masalah sembelit ataupun hubungan seks melalui dubur yang ganas. Kami sarankan anda sentiasa menjaga pemakanan anda serta kebersihan diri secara am. Sekiranya perkara ini berlaku secara berpanjangan dan semakin teruk, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan.

Hindari masalah sakit perut dan menjaga pembuangan air yang normal dengan penjagaan sistem penghadaman yang betul.

Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.

Terima kasih.

Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah sakit perut anda hari ini.

itchy-bottom

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)