Sulit
2 tahun
Berasa mual, hilang selera makan dan sering buang air besar . adakah ianya disebabkan effect vaksin yang sya ambil pada 8/10
hi dr . sya remaja brumur 17 dan pada 8/10 baru-baru ini mengambil 1 dose vaksin pfizer . tapi saya sering berasa mual dan tiada selera makan serta sering buang air besar . adakah itu normal ? namun sya jg melakukan hubungan intim dgn husband sya tpi tidak pancut d dalam . adakah sbb trsebut drpd kesan vaksin dan tidak mengandung ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa kesan sampingan akibat vaksin. Antaranya adalah:
- Demam
- Kelelahan
- Sakit kepala
- Sakit otot
- Menggigil
- Cirit-birit
- Sakit di sekitar tempat cucuk
Oleh itu, jika anda mengalami selain daripada gejala yang saya sebutkan di atas, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini