Sulit
2 tahun
Berpuasa bagi pengidap NERD
Saya disahkan mengidap Laryngopharyngeal Reflux (LPR). Saya telah pun melakukan endoskopi dan disahkan mengidap NERD. Bolehkah saya berpuasa walaupun terasa sakit menyucuk sikit2 di bahagian perut ye?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, jika keadaan ini memudaratkan, saya rasa adalah lebih afdal jika anda tidak meneruskan puasa namun perkara ini perlu dibincangkan oleh pakar agama.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.