
Sulit
5 tahun
Betis semakin berbulu dengan tiba-tiba
Saya wanita berusia 27tahun mendapati bulu betis saya semakin bertambah dengan tiba-tiba. Apakah penyebab terjadinya bulu semakin lebat ini? Saya tidak mengambil sebarang ubat-ubatan atau mencukur bulu kaki.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah terlebih hormon steroid
- masalah ketumbuhan pada ovari yang merembes hormon testosterone
- masalah Cysta pada ovari (Polycystic ovarian syndrome)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.