Sulit
3 tahun
Bibir kering nak buat macam mana, sakit. Panjangnya sampai 20 patah perkataan pulak tajuknya ni
Hai, bibir sy kering dah hampir sebulan. Sy kerap minum air dan ada sapu lip balm, tp masih xde perubahan. Kadang2 tu sampai berdarah n bukak mulut pun sakit sebab terlalu kering. Macam mana nak buat lagi?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Untuk makluman anda, bibir boleh menjadi kering akibat kekurangan minum air dan juga sering terdedah kepada cahaya matahari atau kerap berada dalam bilik yang berhawa dingin dan kering.
Buat masa sekarang, anda perlu minum lebih banyak air kerana luka di bibir akibat bibir kering amat membimbangkan.
Anatara rawatan yang disarankan untuk mengatasi masalah ini adalah:
- Pelembap bibir bebas kimia
- Jauhi produk bibir dengan perasa, wangian, atau warna sehingga bibir anda telah sembuh
- Jangan kupas serpihan kulit dari bibir anda
- Sentiasa gunakan pelindung matahari SPF apabila anda berada di bawah sinar matahari.
- Minum air masak yang cukup dan elakkan dehidrasi
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara atas talian bagi sesi konsultasi secara peribadi untuk mendapatkan nasihat lanjut tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.