Sulit
3 tahun
Biji kelestrol bwh mata
Malah biji kelestrol bwh mata
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan biji di bawah mata seperti
- Ketumbit (stye) - disebabkan oleh jangkitan kuman pada kawasan bulu mata
- Chalazion - penakungan minyak pada kelenjar kelopak mata
- Xanthelasma - muncul akibat adanya timbunan lemak yang disebabkan oleh tingginya kolesterol dalam darah yang kemudian ‘dibuang’ di jaringan bawah kulit ( terjadi di kalangan usia 40-50 tahun)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.