Sulit
2 tahun
Bintik merah kecil di testis
Sy mngalami prkara trsebut sejak 2 thn lalu and just recently it’s become more and more red doted appeared. So sy mnjadi agak risau. Harap DR dpt beri info ringkas tntang hal ini,tq.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Radang kulit
- Jangkitan oleh virus, bakteria atau kulat
- Penyakit kelamin (sexually transmitted infection)
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Sukar untuk kami katakan punca mengapa anda mengalami gejala sedemikian berdasarkan soalan sahaja. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mengetahui masalah yang dialami oleh anda dengan lanjut dan mendapatkan rawatan.
Sila berjumpa dengan doktoer segera sekiranya anda mengalami gejala ini:
- Demam
- Sakit perut atau ari-ari
- Sakit dan kerap membuang air kecil
- Terdapat nanah atau cecair berbau keluar daripada kemaluan anda
- Air kencing bercampur nanah atau/dan darah
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.