Sulit
2 tahun
Birth Control Pill - Boleh ke ambil?
Boleh ke saya ambil pill birth control tanpa jumpa doktor ? Saya dan suami saya tidak mahu ada anak, jadi saya mahu prevent mengandung.
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, setiap ubat yang diberi oleh doktor adalah atas indikasi tertentu. Ubat-ubatan tersebut hendaklah diminum mengikut arahan daripada doktor kerana ia mempunyai efek samping yang tertentu. Mengambil sebarang ubat-ubatan tanpa berjumpa dengan doktor adalah berbahaya kerana boleh menimbulkan kesan sampingan di kemudian hari.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.