Sulit
3 tahun
Covid-19 Swab Test di kilang kerana terdapat seorang positif covid-19
Slmt ptg doktor… kilang tempat saya bekerja ada seorang positif covid-19… pada hari jumaat yang lalu,semua staf dan pekerja wajib di Swab Test menggunakan khidmat klinik swasta… tapi selepas 2 hari,tiada apa2 rekod yang menyatakan saya positif atau negatif…bila saya pergi ke ofis untuk kepastian,staf cuma cakap yang kilang kami semuanya negatif covid-19…sekarang apa yang perlu saya buat?bolehkah saya percaya pada statement tanpa bukti?? Adakah cara untuk saya cek keputusan ujian swab tu di mana2 web secara online?? Saya cuma risau mereka memalsukan dokumen ujian tersebut kerana takut kilang kerugian bila di tutup… tolong bantu saya doktor…
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Saya sarankan anda untuk menghubungi klinik swasta tersebut untuk mendapatkan informasi dan keputusan swab test anda dengan lebih terperinci. Anda juga cuba mendapatkan info tentang makmal yang klinik swasta tersebut gunakan untuk mendapatkan keputusan swab test anda.
Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini