Sulit
3 tahun
Covid Test Procedure
Hi doktor, Saya Haniza dr Selangor. Pagi tadi saya telah menjalani saringan covid test di pejabat melalui team Lab Test. Soalan saya apakah yang perlu kita lakukan selepas menjalani ujian saringan tersebut. Perlukah kami kuarantin sendiri untuk mendapatkan ketepatan keputusan tersebut kerana keputusan tidak keluar pada hari yang sama. Sekiranya keputusan negative tetapi mempunyai simptom2 gejala penyakit tersebut selepas keputusan keluar perlukah kita menjalani saringan tersebut sekali lagi. Harap pandangan doktor.Sekian Terima Kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang COVID19.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya menasihatkan anda untuk melakukan kuarantin diri sementara keputusan ujian tersebut dikeluarkan. Hal ini berbalik kepada tujuan anda melakukan ujian COVID itu sendiri. Sekiranya anda melakukan ujian ini kerana anda mempunyai kontak rapat (mereka yang berhubung rapat dalam lingkungan satu meter dengan kes yang telah disahkan positif), anda wajib untuk kuarantinkan diri anda.
Sekiranya keputusan yang keluar adalah negatif, tetapi anda masih ragu-ragu dan memang mempunyai risiko jangkitan COVID19, anda dinasihatkan juga untuk melakukan kuarantin sekali lagi sekurang kurangnya 7 hari dan melakukan ujian COVID kali kedua.
Namun begitu, bukan semua gejala batuk adalah COVID19. Terdapat juga penyakit lain yang boleh menyebabkan batuk dan demam.
Untuk makluman anda, menurut laporan WHO, berikut merupakan gejala lazim bagi jangkitan coronavirus ini:
- Demam (lebih dari 37.5 celcius)
- Sakit tekak
- Batuk
- Selsema
- Sesak nafas
- Sakit badan
Berdasarkan simptom sahaja, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti demam.
Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik pada link ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini