Sulit
3 tahun
Covid19: Apa kriteria yang boleh meletakkan seseorang dikategorikan sebagai PUI
Saya wanita berumur 43 tahun. Saya menghidap sinus. Saya sangat mudah mendapat batuk dan sakit tekak apabila ada sesuatu trigger masalah sinus saya seperti minuman berais, habuk dan cuaca panas melampau. Yang seterusnya akan menyebabkan sinus attack. Saya tidak pernah pergi ke luar negara tahun ini dan saya tidak ada kontak rapat dengan mana2 pesakit yang disahkan covid19. Adakah saya berisiko tinggi . Sekarang saya mengalami rasa tidak selesa di tekak setelah mengambil minuman berais seminggu yang lalu.
3 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai risiko jangkitan COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 degree celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Untuk makluman anda, PUI ialah patient under investigation iaitu dalam erti kata yang lain ialah pesakit yang sedang diperiksa. Bagi masalah sakit tekak, ia boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan selain COViD-19. Antaranya:
- dehidrasiw
- jangkitan virus ‘common flu’
- Tibi
- jangkitan paru-paru
- Asma
Walaubagaimanapun, kita masih belum boleh mengecualikan COVID-19. Sila nilai risiko anda melalui kuiz berikut:
- Anak anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda dia akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
- Rujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini